Sunday, August 28, 2011

yay!!




Salam semua hoho,,,tinggal bape ari agi nak raye aku pon dok cedey jeh sebab ramadan yang mulia nak meninggalkan aku..kadang-kadang aku dok sorang-sorang pikir kite dok sebok nak sambut raye bagai nak rak tapi apakah amalan yang kita buat sepanjang ramadan ini cukup sempurna??ish3..huhu

Oke la aku tak nak la citer panjang-panjang sebab aku ade banyak assaigment nak buat nih tapi ase malas gile!!
haha duet elaun pon da masyuk.So aku kne la berjimat ciket..Assalam~

Saturday, August 20, 2011

10 yang akhir!



Hoihoihoi(gaye dee jay radio) sedar tak sedar yang kita akhirnya berada di fasa terakhir dalam bulan barakat ini iaitu fasa kebebasan dari api neraka.Aku pon sebenarnya merasakan ramadan tahun nih kureng meriah suasananya(mybe keje belambak kot)yang membuatkan aku kurang bersemangat nak buat amalan baik dalam bulan barakat nih hehe..Tapi aku ase sedih pulak bulan yang dinanti2kan oleh seluruh makhluk di alam ini berada di penghujungnya.Mudah-mudahan aku lebih bertenaga nak buat ibadat dalam masa yang singkat disamping dihimpit dengan banyak kkp yang buat aku dok pening :P

Teringat pulak tazkirah seorang ustaz aku ketika aku masih menuntut di sekolah dulu bahawa orang yang beriman dan bertakwa ni bila bulan ramadan nak abih dia pasti merasa sedih pilu berbanding orang yang tak de pape yang suka gile bila ramadan bakal tamat kerana pikir nak raya jea..Huhu nampak nya aku ni macam beriman dan bertakwa je dari statement diatas!Terimas kasih~

Lupe pulak nak gtaw yang dalam 10 malam terakhir ni orang dok gembar-gembor bahawa terdapatnya malam 'lailatul qadr' yang menjanjikan pahala yang berlipat ganda sekiranya kita beribadah pada ketika malam yang agung dari seribu bulan itu..Mudah-mudahan aku ade la kudrat nak bangkit argh!!(semangat gitu)..Selamat beramal~

Wednesday, August 17, 2011

17 ramadan...



Salam semua sedar tak sedar sekarang kita ni sudah pun menginjak ke hari yang ke 17 yang mana kita tahu bahawa pada 17 ramadan inilah tarikh bagi turunnya Al-Quran yang agung ini.Seperti yang kita maklum bahawa quran ini adalah kalamullah yang diturunkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW melalui malaikat Jibrail AS dalam bahasa arab dan apabila membacanya dikira ibadah.So pada hari ini sama-samalah kita memperbanyakkan ibadah kita especially membaca ayat suci ini mudah-mudahan memdapat keredaan dan keampunan dari-NYA..InsyaAllah~

p/s:Lega kkp Arab nan BI da anta..haha ;p

Thursday, August 11, 2011

Cahaya keampunan..



Assalamualaikum sume..sedar tak sedar sekarang ni kita da masuk hari ke-12 dalam bulan mubarak ini.Seperti yang kita tahu bulan ramadan ada tiga fasa iaitu sepuluh hari yang pertama adalah kerahmatan,sepulug hari yang kedua adalah keampunan dan sepuluh hari ketiga dalam bulan ramadan adalah pembebasan dari api neraka.
So,kita fikir la sejenak kerana sepuluh hari pertama pada bulan yang mulia ini telah pon berlalu dan sekarang kita berada di sepuluh hari yang kedua.Aku nak menyeru diri aku nan korang sume fikir-fikirkan ek agar bulan yang mulia ini hanya berada setahun sekali sahaja jadi marilah kita memperbanyakkan amalan mudah2an kita menjadi orang yang bertakwa~...

p/s:penin lak kkp melambak..ahakz

Monday, August 1, 2011

Ramadhan menjelma!



Assalamualaikum semua..sudah lama rasanya tidak berceloteh diruang ku yang kecil ini.Kerananya aku sudah pun melanjutkan pelajaran dan ini membuatkan aku tidak punya masa untuk berceloteh hehe..So pada satu ramadan ini aku ingin berkongsi sikit lah pasal ramadan.


Hari ini, merupakan 1 Ogos 2011 juga bersamaan dengan 1 Ramadhan 1432H. Ini bermakna hari ini bermulalah hari untuk kita umat Islam sedunia berpuasa sejajar dengan tuntutan Al-Quran. Ramadhan ialah bulan yang penuh keberkatan. Di awalnya terdapat Rahmah, di tengah-tengahnya merupakan Maghfirah dan dihujungnya adalah janji Allah S.W.T bagi mereka yang beriman dan ikhlas, yakni kebebasan dari dimasukkan ke api neraka.
Umumnya Ramadhan disambut dengan hati terbuka oleh seluruh umat Islam. Masjid dan surau dimeriahkan dengan Solat Terawih dan ceramah-ceramah Ramadhan.
Ini merupakan amalan-amalan yang bukan sahaja baik, namun amatlah dituntut kerana ia akan menjadikan majlis Solat Terawih sebagai satu medan bukan sahaja untuk beribadah bahkan juga medan untuk berkongsi ilmu dan bertukar pendapat.
Begitupun, masih ada diantara kita tidak pernah merasai kenikmatan bulan yang mulia ini. Mereka seringkali menghadapi masalah dan mempunyai banyak kemusykilan sepanjang berpuasa. Puasa yang hanya dilaksanakan sekadar untuk menahan lapar dan dahaga tidak akan membawa kita merasakan kenikmatan Ramadhan. Ianya seharusnya dipenuhkan dengan pelbagai lagi aktiviti dan ibadah bagi menambahkan keimanan di dada, sesuai dengan umur kita yang semakin meningkat dari tahun ke tahun.
Dan Firman-Nya:
"Demi masa, sesungguhnya manusia benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati dengan kebenaran dan nasihat menasihati dengan kesabaran".
Oleh itu sebagai umat Islam kita perlu memperbanyakkan amalan kita kerana seperti yang kita ketahui bahawa pada bulan ramadan ini terdapatnya pelbagai kelebihan yang tidak ada pada bulan-bulan yang lain.Pada bulan ini kita perlulah memperbanyakkan bacaan al-quran serta zikir memuji kebesaran-NYA.Kita juga digalakkan untuk melakukan qiyamullail lebih lagi kita sekarang berada di minggu yang pertama iaitu kerahmatan.Jadi kita perlulah memohon kerahmatan ALLAH SWT mudah-mudahan kita menjadi insan yang terbaik.