Monday, April 25, 2011

imam muda..



Yeah semua.. rancangan yang mendapat sambutan hangat di negara kita dan turut mendapat perhatian dunia iaitu Imam Muda kembali bersiaran dengan musim yang kedua.Ia bersiaran secara 'live' dari Astro Oasis saluran 106 setiap hari Jumaat pada jam 6.30 petang.

Antara calon Imam Muda yang terpilih ialah Ali Khairudin Hj Abdul Marif, 26 Sabah; Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza, 26 Perak; Nazrul Izwan Zolkiflee, 26 Johor; Wan Najdi Mohd Noh, 20 Kelantan; Mohd Fakhrurrazi Hussin, 27 Terengganu; Ammar Wan Harun, 27 Kuala Lumpur; Mohd Azlan Zulkarnain, 25 Kuala Lumpur; Abdul Fattah Ridzwan, 21 Negeri Sembilan; Mujahid Suhaimi, 20 Singapura dan Zulfadli Haji Awang, 24 Brunei.
Pelbagai insentif menarik yang bakal menanti Juara Imam Muda, antaranya penajaan penuh biasiswa di Universiti Antarabangsa Al- Madinah, wang tunai RM30,000, sebuah kereta Proton Ixora, pakej menunaikan Haji dan Umrah, beserta hadiah sampingan yang lain.
P/S:Sejuk hati mama kalau aku pon masok imam muda nieh..hehe

No comments:

Post a Comment