Assalamualaikum semua..sudah lama rasanya tidak berceloteh diruang ku yang kecil ini.Kerananya aku sudah pun melanjutkan pelajaran dan ini membuatkan aku tidak punya masa untuk berceloteh hehe..So pada satu ramadan ini aku ingin berkongsi sikit lah pasal ramadan.
Hari ini, merupakan 1 Ogos 2011 juga bersamaan dengan 1 Ramadhan 1432H. Ini bermakna hari ini bermulalah hari untuk kita umat Islam sedunia berpuasa sejajar dengan tuntutan Al-Quran. Ramadhan ialah bulan yang penuh keberkatan. Di awalnya terdapat Rahmah, di tengah-tengahnya merupakan Maghfirah dan dihujungnya adalah janji Allah S.W.T bagi mereka yang beriman dan ikhlas, yakni kebebasan dari dimasukkan ke api neraka.
Umumnya Ramadhan disambut dengan hati terbuka oleh seluruh umat Islam. Masjid dan surau dimeriahkan dengan Solat Terawih dan ceramah-ceramah Ramadhan.
Ini merupakan amalan-amalan yang bukan sahaja baik, namun amatlah dituntut kerana ia akan menjadikan majlis Solat Terawih sebagai satu medan bukan sahaja untuk beribadah bahkan juga medan untuk berkongsi ilmu dan bertukar pendapat.
Begitupun, masih ada diantara kita tidak pernah merasai kenikmatan bulan yang mulia ini. Mereka seringkali menghadapi masalah dan mempunyai banyak kemusykilan sepanjang berpuasa. Puasa yang hanya dilaksanakan sekadar untuk menahan lapar dan dahaga tidak akan membawa kita merasakan kenikmatan Ramadhan. Ianya seharusnya dipenuhkan dengan pelbagai lagi aktiviti dan ibadah bagi menambahkan keimanan di dada, sesuai dengan umur kita yang semakin meningkat dari tahun ke tahun.
Dan Firman-Nya:
"Demi masa, sesungguhnya manusia benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati dengan kebenaran dan nasihat menasihati dengan kesabaran".
Oleh itu sebagai umat Islam kita perlu memperbanyakkan amalan kita kerana seperti yang kita ketahui bahawa pada bulan ramadan ini terdapatnya pelbagai kelebihan yang tidak ada pada bulan-bulan yang lain.Pada bulan ini kita perlulah memperbanyakkan bacaan al-quran serta zikir memuji kebesaran-NYA.Kita juga digalakkan untuk melakukan qiyamullail lebih lagi kita sekarang berada di minggu yang pertama iaitu kerahmatan.Jadi kita perlulah memohon kerahmatan ALLAH SWT mudah-mudahan kita menjadi insan yang terbaik.
No comments:
Post a Comment