Tuesday, May 31, 2011

Kalau Benar Cintakan ALLAH


Sebutlah nama Allah banyak-banyak. Maksud ayat al Quran dengan kalimah "berzikilah pada waktu pagi dan petang"itu ialah kita berzikir dengan kuantiti dan kuali yang tinggi. Zikir lidah, zikir hati dan zikir perbuatan semuanya menjurus kepada membesarkan Allah, dan segala yang lain kecil belaka.
Lidah menyebut kalimah Allah, lalu hati merasakan kebesaran dan keagungan-Nya, dan tindakan menyusul apabila kita selaraskan segala perbuatan dengan hukum-hakamNya. Itulah zikir yang hakiki. Kesannya sepadu. Ia akan memberi ketenangan dan kekuatan.
Namun bila Allah dilupakan, umat akan kurang menyebut namaNya lagi. Ketika itu hati-hati pun lalai daripada merasakan kebesaran dan keagunganNya. Akibatnya hukum-hakamNya diabaikan dalam tindakan dan perbuatan. Bila ini terhadi jangan ditangisi jika Allah "lupakan"kita.
Allah hanya menjadi pembela kepada orang yang bertakwa. Orang yang bertakwa adalah orang yang banyak mengingatiNya , dengan lidah, hati dan perbuatan. Menjadi seorang muslim sahaja (bukan muttaqin), tidak melayakkan kita mendapat jaminan bantuan daripadaNya. Siapakah kita, muttaqin atau hanya muslim?
Muslim, lebih-lebih lagi muslim yang fasik, kurang berzikir malah ada yang tidak berzikir langsung. Apakah Allah akan mengingati kita jika kita melupakanNya? Lalu terbiarlah kita dihina, dizalimi dan diperkotak-katikkan oleh musuh tanpa mendapat pembelaan.
Sayidina Umar pernah mengingatkan, bahawa dia lebih bimbangkan dosa-dosa yang dilakukan oleh tentera Islam berbanding kekuatan dan perancangan musuh. Dosa-dosa akan menghalang daripada datangnya bantuan Allah kepada kita. Kenapa orang melakukan dosa? Jawabnya, kerana lupakan Allah. Lupa zikir kepadaNya. Justeru, untuk mendapat kekuatan, elakkan dosa. Dan untuk elakkan dosa sentiasalah mengingati Allah.
Ya, masakan orang yang sentiasa ingatkan Allah tergamak bergelumang dengan dosa? Jika terlanjur sedikit pun mereka segera bertaubat. Orang yang beginilah akan mendapat bantuan Allah dalam apa yang mereka usahakan dan perjuangkan. Mereka disokong oleh kawan dan dihormati oleh lawan. Belum pun bertempik, hanya berbisik, orang akan akur dan tunduk.
When Allah is your "friend", who is your enemy? Bila Allah akrab dengan kita, siapakah yang berani memusuhi kita? King Richard yang berhati singa itu pun tunduk kepada Sultan Salehuddin Al Ayubi. Mengapa? Apakah hanya kerana kekuatan Salehuddin? Tidak, tetapi kerana akhlak dan keperibadiannya yang ditempa oleh zikirullah. Hasilnya, sifat pemaaf, kasih-sayang dan prihatinya, tidak terbatas. Merentas sepadan bangsa, negara dan agama.
Musuh tidak terlalu laju, tetapi orang Islam yang terlalu perlahan. Kita seharusnya ke depan dengan roh cinta dan kasih-sayang. Dengan cinta kita berdakwah, berhujah dan menjelaskan dengan penuh hemah dan hikmah tanpa dibauri oleh kebencian dan prasangka.
Dengan cinta kita tidak hanya menyebut namaNya, mengingatiNya dan mendaulatkan hukum-hakamNya dalam diri tetapi kita akan kembangkan sayap cinta itu ke dalam rumah tangga, organisasi, masyarakat dan negara.
Kalau benar cintakan Allah, cintailah diri dan umat ini dengan banyak mengingatiNya. Bangun seawal Subuh, bersih dan sucikan diri. Lalu solatlah untuk mengingatiNya. Kemudian, bertebaranlah di muka bumi untuk mencari rezeki yang halal dengan meninggalkan segala bentuk rasuah, riba dan penyelewengan.
Atur keluarga mengikut syariat. Jauhkan pendedahan aurat. Perangi pergaulan bebas, racunhedonisme dan fesyen bohemian dalam kehidupan diri dan remaja kita. Pacu kemajuan ekonomi, tetapi jangan lupakan hukum Ilahi. Bersiasahlah tetapi jauhi fitnah dan kepentingan diri. Ingat Allah! Jaga halal dan haram dalam setiap perilaku dan perbuatan.
Kalau benar cintakan Allah... ingatlah: Cinta itu bukan kata-kata. Love is a verb – cinta itu tindakan. Bangkitlah dengan kecintaan bukan dengan satu kebencian. Jangan marahkan orang yang tidak cinta... jika kita sendiri tidak cinta.
Marahkan diri kita dahulu, sebelum marahkan mereka. Tidak malukah kita kepada Allah, justeru jika demikian... bererti cinta kita hanya kata-kata? Hanya pura-pura?

erti lelaki sejati!!








Lelaki Sejati bukan dilihat dari hasil yang ia capai sahaja, tetapi dari besarnya pengorbanan untuk mencapai tujuan.
Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari kecerdasan isi otaknya sahaja, tetapi dari kesanggupan berkongsi ilmu yang ia punya.
Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar sahaja, tetapi dari kasih sayangnya pada orang di sekitarnya.
Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang sahaja, tetapi dari kelembutannya mengatakan suatu kebenaran.
Lelaki Sejati bukan dilihat dari besarnya musuh yang dilawannya, tetapi dari ia menjadikan Syaitan dan para pengikutnya sebagai musuh yang nyata.
Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya sahaja, tetapi dari sikap bersahabatnya pada pada setiap makhluk Tuhan.
Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia dihormati oleh kawannya sahaja, tetapi bagaimana dia juga dihormati oleh lawannya.
Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan sahaja, tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan.
Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang sahaja, tetapi dari hati yang ada dibalik itu.
Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari banyaknya Wanita yang memujanya, tetapi komitmennya terhadap Wanita yang dicintai.
Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari jumlah cabaran yang dibebankan sahaja, tetapi dari tabahnya dia menghadapi liku-liku kehidupan.
Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari indahnya membaca Al-Quran sahaja, tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang ia baca.
Lelaki Sejati bukan pintarnya melafazkan sebuah janji suci, melainkan bukti yang pasti.
Lelaki Sejati adalah yang benar-benar Lelaki!

sale2


Hadoii ade sale pulak dekat Al-Ikhsan nie tapi aku kureng la pulak..ish3



Dalam hidup seharian, kita takkan lari dari terlibat dari aktiviti mulut ini..
Mengumpat bukan sahaja sinonim dikalangan perempuan.. dikalangan lelaki pun apa kurangnya?
Maaf kaum lelaki, inilah kebenaran.
Tapi cuba kita renungkan bersama.. Kalau kita mampu elakkan diri dari mengumpat, tapi mendengar umpatan orang pula lebih kurang sama dosa dengan mengumpat...
Makna mengumpat tu seperti umumnya yang kita tahu.. bila kita mengata tentang sesuatu yang buruk .. dibelakang hamba Allah tu.
Dan bila dia tahu dia tentu marah atau kecil hati.. Dah nama pun mengumpat,tentu la berkongsi sesuatu yang tak baik kan?
Kadang-kadang kita tak nak terlibat dalam aktiviti senaman mulut kurang sihat ni, tapi cerita.. orang kata kalau tak mengumpat ni macam masakan tiada rasa..macam garam dan gula pula.. tapi kita sedar tak, perencah ni memang mahal dan terlaris sebab nak mengumpat ni dosa besar.
Dalam Islam,mengumpat ni seperti makan daging saudara seislam sendiri. MasyaAllah, sampai begitu sekali perumpamaan aktiviti senaman mulut ni!
Walaubagaimanapun pun, kita adalah hambaNya yang lemah. Itulah pentingnya kita saling ingat mengingatkan, bukan nak buruk-memburukkan.
Kalau keburukan diri dapat diterima dan cuba dikikis sebaiknya, siapakah kita untuk menilai keburukan orang lain?
Fokus kembali pada tips-tips nak elakkan mengumpat/sesi mengata ni..
01.Bila berkumpul dengan kawan-kawan.. dan bila rakan dah mula filem umpat dengan watak yang bertambah-tambah dan siap letakkan jiwa dan emosi lagi.
Masa tu, kalau dah bersama, mesti susah nak elak dari bubuh skrip tambahan.
Dinasihatkan masa ni la kita banyak-banyak Ingat Allah.
Sedar yang kita ni pun sama taraf dengan orang yang diumpat tu iaitu Hamba Allah.
Masing-masing ada kekurangan. Cepat-cepat istighfar, sambil tu tegurlah kawan sama.. Kalau tak dapat juga, sebaiknya kita pergi dari situasi ni.
02.Bila yang nak jadi moderator 'umpat-umpat' tu kawan baik kita sendiri..
Apa kata kita ajak dia berbual tentang keburukan diri masing-masing?
Bila kita bercerita tentang baik buruk diri kita ni.. sekurang-kurangnya kita pun sedar banyak juga kekurangan kita.
Tak payah lah cerita semuanya, tapi cuba fikir.. rasanya kalau nak senaraikan pun mesti lebih tiga, lebih dari sepuluh? dua puluh?.. jadi layakkah kita nak bagi senarai keburukan orang, sedangkan senarai keburukan kita sendiri pun dah lebih dari sebakul.
03.Bila yang nak ajak mengumpat tu orang senior dari kita.. tentu payah benar nak buat sesi teguran kan?
Apa kata kalau tak dapat nak elak pun.
Sambil dia lafaz bait-bait mengata tu, kita pula sambung setiap ayat umpatan tu dengan doa.
Doakan sesiapa yang diumpat dengan ikhlas, supaya Seni0r kita tu pun sedar dengan sendirinya. InsyaAllah!
04.Bila terasa sakit hati dengan seseorang hamba Allah tu..
dan terasa nak cari kawan nak buka forum mengumpat, jom ambil wudhu secara tertib.
Masa nak kumur-kumur tu, bacalah doa. Minta dipelihara lidah ni dari perbuatan yang memberi dosa.. InsyaAllah.
Semoga dengan itu, segala niat buruk tu terbatal sendiri.
05.Kalau kita selalu terlupa tentangNya, apa lagi bila tengah cerita panas atau gosip liar.
Masa ni nak istighfar pun berat sekali nak buat. Apa lagi nak muhasabah diri yang dah rebah kan?
Jadi.. sumbatkan lah telinga anda dengan lagu-lagu atau sebaiknya.. dengar bacaan alQuran ke.. nasyid ke.
Ini lebih baik dari bibir tu mengata hal-hal tepi kain orang.
Sedangkan tepi kain sendiri entah masih elok atau tak.. dah koyak ke.. atau tersangkut kat mana-mana..
Sebab tu kita ada dua telinga.. sebagai perumpamaan kita kena mendengar dua kali dulu sebelum bercakap sesuatu..
06.Bila nak mengata orang tu.. cuba bayangkan kita berada di tempat orang yang dikutuk tu.. agak-agaknya boleh tak jadi seperti Khalifah atau nabi terdahulu..
Bila diumpat, boleh pula beri hadiah.. siap doakan orang tu dirahmati Allah SWT.
Agaknya kita antara golongan yang bila tahu ada orang cakap belakang tentu rasa nak bagi penumbuk sulung pada orang berkenaan, paling tidak pun.. mengutuk dan buat la ayat makian paling pedas untuk dia.
Cuba kita ubah sedikit perspektif pemikiran kita.. bila kita diumpat, tu bermakna ada orang ambil berat,ada orang cuba nak beri ingat.. ada yang nak bagi pendapat.
Supaya dengan Tuhan kita terasa dekat.
Ujian tu taklah seberat kutukan yang nabi pernah terima dahulu kan...
07.Terakhir, minum air banyak-banyak..dimulakan dengan selawat dan bacaan basmallah.
Semoga dengan nikmat air tu, kita akan ringan untuk memujinya.
Banyak lagi tips yang ada.. tapi semuanya bergantung pada niat.
Niat untuk pelihara diri dan jaga ukhwah sesama saudara.
Semoga kita tergolong dalam golongan orang yang bersyukur.. setiap yang bersyukur akan sentiasa ingat yang memberi.
Tiada unsur nak sindir sesiapa cuma sekadar memberi peringatan buat diri sendiri dan pembaca yang sudi baca..

beday girl..





Salam semua hari ini merupakan hari lahir adikku yang ke-empat so aku nak share cket la pic-pic yang sempat di'snap' oleh abah.





Wednesday, May 18, 2011

medical cekup



Huhu selamat pagi semua pagi nih aku nak tulis cket pasal aku buat medical cekap tempoh hari.Medical cekap ini dibuat untuk kemasukan aku ke Universiti Malaya dan ianya wajib dilakukan oleh semua pelajar sebelum masuk ke pusat pengajian.Mama dah lama dah suruh aku buat benda ni tapi aku dok tangguh je dan pada hari isnin lepas aku pon buat la juga (kang tak masuk U lak kan).Pagi tuh aku pon pergi la ke hospital untuk membuat medikal cekap nih tup-tup bila aku sampai hospital mak oii!! ramai betul orang..macam mana nak buat nih.Nak cari parking pon payah nasibla aku bawak motor boleh lah aku selit kat mane-mane hehe (jangan tiru eh!).Lepas tuh aku pon pergi la kat kaunter pendaftaran tanya misi tuh nak wat medikal cekap ni kat mana.Then dye cakap kat bilik sekian-sekian aku pon g la kat bilik tuh.Aku masuk la kat bilik tuh kasi borang kat pegawai perubatan den dye cakap "nak buat medikal cekap eh??kene tunggu jugak la harini ramai orang"..Haha lebam jugak la aku menunggu kat luar.Setelah lama menunggu (dalam setengah jam) nama aku dipanggil dan aku perlu membuat bayaran dikaunter dan setelah itu barulah aku boleh melakukan medikal cekap ini.Medikal cekap ini merangkumi pemeriksaan air kencing ,pemeriksaan darah serta x ray dibahagian dada.Syukur mende ni siap dalam masa 3jam gituh dan pegawai perubatan cakap boleh ambil result sebelum 26 Mei ini..

alhamdulillah



Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah dan inayahnya aku mendapat tawaran masuk ke universiti untuk melanjutkan pelajaran dengan misi menyampaikan dakwah kepada semua sekali menaikkan nama Islam itu sendiri.Aku diterima masuk ke Akademi Pengajian Islam Nilam Puri (APIUM) Kelantan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang syariah.Mula-mula pon aku tak berapa konpiden nak amek bidang nih tapi setelah aku berfikir goreng-goreng akhirnya bidang inilah yang aku mintak waktu mengisi borang upu tempoh hari.Membe-membe aku pelik jugak aku amek bidang nih sebab sebelum nih aku minat sangat ngan ekonomi dan sewaktu dengannya.Emm mungkin ini kuasa Allah SWT yang menunjuk kata hati aku supaya aku mengambil bidang ini siapa yang tahu kan?Aku akan belajar bersungguh-sungguh dan akan kembali menegakkan undang-undang Islam dari segi ekonomi dan muamalat..Insya Allah..

p/s: Entri nih sepatutnya ditulis pada minggu lepas tapi busy pula..hehe

Monday, May 16, 2011

Renung lah...





Jika anak anda mempunyai masalah, siapakah orang pertama yang dia akan jumpa?
Adakah anak anda selesa menceritakan masalahnya kepada anda?
Atau, dia lebih selesa menceritakan kepada kawan-kawannya?
Siapakah pula orang pertama yang dia akan ceritakan perasaan gembiranya?
Andakah selaku ibu bapa atau kawan-kawannya?
Persoalan ini adalah antara yang kami selalu tanya pada diri sendiri bagi mengukur tahap penerimaan anak-anak terhadap kami selaku ibu bapa. Buat masa ini Farhah dan Muslih masih belum mencapai usia remaja. Bila mereka mencecah umur belasan tahun, persoalan-persoalan di atas perlu menjadi persoalan harian, agar kami tidak leka dalam memahami gelodak perasaan mereka.
Bagi anak-anak, terutamanyanya remaja, 'kawan' ertinya orang yang rapat dalam hidupnya. Orang yang boleh memahami apa yang dirasainya. Menjiwai kegemaran dan kebenciannya. Bermain dengan permainan yang sama. Bercakap dengan bahasa yang sama. Boleh diajak bersembang panjang dan boleh keluar bersiar-siar bersama-sama.
Tidak dinafikan rakan atau kawan sebaya mempunyai pengaruh besar dalam diri anak-anak. Fitrah manusia terdorong untuk mendekati mereka yang seusia untuk sama-sama bermain dan berbicara. Lantas, pengaruh rakan sebaya ini amat besar dalam menentukan perangai, pemikiran dan minat anak-anak.
Ibu bapa sebagai kawan karib
Namun, hakikat ini tidak pula menafikan kemampuan ibu bapa untuk menjadi 'kawan' karibkepada anak-anak. Bapa contohnya boleh menjadi kawan karib anak lelakinya. Ibu pula menjadi kawan karib anak perempuannya. Menjadi kawan kepada anak tidak bermakna status bapa tergadai. Bahkan kedudukannnya sebagai bapa akan lebih mantap. Menjadi kawan kepada anak, tidak akan menghilangkan penghormatan seorang anak kepada ayah atau ibunya, bahkan jika kena caranya, penghormatan itu akan berganda-ganda.
Namun begitu, menjadi kawan karib kepada anak bukanlah suatu yang mudah. Sebagai 'kawan', ibu bapa perlu memberikan kepercayaan kepada anak, dan secara tidak langsung anak itu pula akan memberikan kepercayaan yang tidak berbelah bahagi kepada ibu bapanya.
Sebagai 'kawan' juga ibu bapa perlu mewujudkan keserasian antara satu sama lain. Di sini, ibu bapa perlu menjiwai minat dan kecenderungan remaja. Sebaik-baiknya ibu bapa terlibat sedikit sebanyak dengan aktiviti keremajaan yang digemari anak-anak. Pengetahuan tentang perkembangan semasa yang diikuti para kanak-kanak dan remaja juga perlu diketahui. Bahasa 'slanga' ala remaja juga perlu diselit dalam perbualan agar mereka rasa selesa dan yakin dengan ibu bapa.
Ibu bapa perlu memahami bahawa mendekati anak-anak menggunakan pendekatan remaja dan kanak-kanak merupakan salah satu uslub dakwah yang berkesan. Rasulullah SAW sendiri berbicara dengan manusia berdasarkan tahap pemikiran dan umur mereka.
Memimpin kawan
Ibu bapa yang menjadi pendakwah kepada anaknya perlu juga menggalakkan anaknya menjadi pendakwah kepada kawan-kawannya. Selain dari berkawan dengan anak-anak ibu bapa juga perlu sentiasa mendorong anak-anak untuk menjadi ejen perubah. Anak-anak perlu digalakkan untuk menjadi orang yang mampu mempengaruhi kawan, bukannya mudah terpengaruh dengan kawan, terutamanya jika kawan itu mengajak kepada kebobrokan.
Tegasnya, anak yang cemerlang bukan sahaja memilih kawan yang baik, bahkan mampu membawa kawan-kawannya menjadi lebih baik dan hebat. Betapa besar pahala ibu bapa mampu melahirkan anak-anak yang dapat membimbing rakan sebaya ke arah kebaikan. Anak-anak seperti ini bukan sahaja menyejukkan mata ibu bahkan juga dapat menjadi pemimpin ummah suatu hari nanti.
Selamat berusaha mendidik anak-anak... Insyaallah balasan dari Allah menanti kalian.