Wednesday, June 15, 2011

Rejab Syaaban




Rejab dan Syaaban merupakan antara bulan yang cukup istimewa dalam takwim Hijrah. Ketika ini ramai yang berpusu-pusu mengerjakan ibadah malam. Antara tujuannya adalah untuk meraih keredaan dan rahmat dari Allah SWT.Ibadat puasa sunat juga boleh dilakukan dalam bulan ini bagi mendapat keredaan ALLAH SWT disamping melatih diri dari melakukan perkara maksiat.
Namun sayangnya, ada antara segelintir umat Islam yang kurang arif tentang apa sebenarnya yang membuatkan bulan ketujuh dan kelapan dalam kelendar Islam ini amat istimewa. Menurut Prof Madya Dr Nik Mohd Rosdi Nik Ahmad, keunikanRejab terletak pada kejadian Isra' Mikraj yang berlaku pada bulan tersebut. Sementara Syaaban pula sudah tentu padaNisfu Syaabannya.
"Isra' Mikraj berlaku pada 27 Rejab. Pada bulan tersebut, Rasulullah SAW kehilangan ramai orang tersayang. Ini menyebabkan baginda berdukacita. Jadi bagi menghilangkan kesedihan di hati nabi, Dia menjemputnya datang berjumpa dengan-Nya. Ini membuatkan rasa sedih itu terhenti," terang Prof Madya Dr Nik Mohd Rosdi.

Dalam peristiwa Isra' Mikraj, Jibril membawa Rasulullah SAW dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa di Palestin dan kemudian ke Sidratul Muntaha dengan menunggang Buraq. Hal ini diceritakan oleh Allah menerusi firman-Nya dalam surah Al Israak ayat 1 yang bermaksud:"Maha Suci (Tuhan) yang memperjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram ke masjid yang amat jauh (Batul-makdis), yang telah kami berkati sekelilingnya, supaya Kami perlihatkan kepadanya sebahagian ayat-ayat (tanda-tanda kekuasaan) Kami."
Sambung Prof Madya Dr Nik Mohd Rosdi, kejadian Isra' Mikraj tidak boleh dilihat berdasarkan zahir memandangkan rahsianya yang sukar untuk dibongkar. Namun, jika ditinjau dari sudut simbolik, sudah tentu ia memberikan begitu banyak pengetahuan dan pengajaran yang berguna khususnya buat umat Islam. Tegas beliau lanjut, peristiwa tersebut membabitkan dua bentuk perjalanan iaitu dari bumi ke bumi dan bumi ke langit. Isra' adalah merujuk kepada perjalanan pada waktu malam, manakala mikraj berjalan ke atas langit.


Tips atasi putus cinton..




Hehe mende ni aku jumpa kat I luv Islam juz nak share sajer..
1. Kembali kepada-Nya – Banyakkan beribadah termasuk melakukan amalan sunat. Luangkanlah lebih masa dengan-Nya.
2. Sentiasa ingat jodoh itu ketentuan Allah -  anggap semua yang berlaku adalah ujian daripada Allah dan ada hikmah disebaliknya. Sesungguhnya Allah tidak menurunkan ujian jika hamba-Nya tidak mampu untuk menanggungnya. Bersabarlah.
3. Meminta nasihat ibu bapa atau orang terdekat – Ibu bapa adalah yang terbaik dalam memberikan nasihat kerana sudah merasa asam garam kehidupan dan tahu apa yang terbaik untuk kita. Jika berasa malu atau takut untuk meminta nasihat daripada ibu bapa, sekurang-kurangnya berkongsilah masalah anda dengan orang yang terdekat dan rapat seperti kawan baik. Jangan pendamkan di dalam hati, nanti semakin merana diri.
4. Buang semua tentang si dia – Jika anda tidak sanggup membuang kenangan anda berdua, letaklah jauh dari sudut penglihatan anda supaya anda tidak berasa sedih dan ingin kembali dengannya. Buang nombor si dia dan segala mesej yang terdapat dalam telefon bimbit anda.
5. Sibukkan diri – Lakukan apa sahaja kerja yang baik dalam kehidupan seharian anda supaya anda tidak terlalu memikirkannya. Sekiranya ada aktiviti, libatkan diri. Dengan itu boleh mengurangkan kesedihan yang melanda.
6. Muhasabah diri – Jangan ikutkan perasaan, terimalah hakikat bahawa dirinya bukan untuk anda. Ada yang lebih baik.
7. Berkawan dengan ramai orang – Janganlah kerana putus cinta anda tidak mahu bergaul. Namun, kawal pergaulan anda sebagai seorang muslimah. Menambah kenalan adalah baik dalam mengukuhkan ukhwah. Di samping itu anda akan berasa kesedihan putus cinta itu akan hilang sedikit demi sedikit.

Monday, June 13, 2011

Kenduri

Sabtu yang lalu abang sedara aku telah berkahwin jadi aku kena meyertai rewang la iaitu gotong royong.Meyh tengok pic kawen nih :)











Moga-moga perkahwinan ini kekal hingga akhir hayat :)

air terjun

Emm ni pic waktu berhenti sekejap untuk minum-minum.Sungai nih dekat Negeri Sembilan..:) Waktu kecik aku pernah mandi manda kat sini..







long trip

Assalamualaikum :) pejam celik tup-tup cuti dua minggu pon dah berakhir.Adik-adik aku pon cukup berat je kaki bila nak balik ke asrama.Lain pula yang berada dirumah diorang pon asenya dah tak barape nak ingat rutin mereka sebelum ini hik3..

Oke lah aku nak cercite la ciket pasal minggu lepas kitaorang satu family ke Pahang Darul Makmur (cuti2 Malaysia) untuk 'memakan angin' sampai kembong perut hehe..Kitaorang gerak dari rumah dalam pukul 8 pagi bak kate abah rekod lah untuk kami selalunya mesti lambat hehe.Tapi dengan keazaman yang tinggi kami dapat gerak sebegitu awal.Yelah Pahang kan jauh dari sini so,kami haruslah sampai awal ke destinasi.Setelah berjam-jam menempuh perjalanan yang memberangsangkan akhirnya pada pukul 2.30 petang kami tiba ke destinasi
*Inilah die Pantai Balok Seaview Resort

Bila dah sampai huu seronok sangat lah sampai nak melompat-lompat (adik-adik aku jelah) mentang-mentang ade kolam nanti boleh la aku tunjuk skill beranang aku kui2..Lerkluh sebelum tuh kene check in dulu kan..Pergh dye punya chalet memang chantek larh tak caye meyh usha..



*Ni bilek dye

Lupa pulak nak bagitau sebenarnya mama ada perjumpaan dengan rakan-rakan maktabnya jadi mereka set tempat kat sini so kiranya kami ni interface saja hehe..Yang beznya ada kolam mandi aku tengok ade orang tuh dari tengah hari sampai ke maghrib dok kat dalam kolam jea ni spiesis katak hape!!haha..Ade lah pengalaman yang lawak pasal kolam nih lepas kami makan malam tetiba badan ase gatal jea nak gedebush dalam kolam nih.So kitaorang tanya la abah nak mintak permission naseb baek la abah pon nak join sekali.Pergh mandi kolam malam-malam memang la bez sebab orang pon takde boley la aku buat terjun tiruk!!Tapi bila kami masuk kolam terus terbatuk-batuk macam hape tah..badan pon terasa gatal tahap gaban.Tapi kami wat derk jea janji enjoy.Tapi yang tak beznya satu malam aku tido tak lena sebab badan aku memang gatal giler sioot!!Nak diceritakan rupanya waktu malam pihak pengurusan memang taruk ubat dalam air tuh nak buang bakteria lah..Adoyai patut la kami suma terbatuk-batuk haha :p



*kolam sih


Walaupon hanya dua hari satu malam tapi pengalaman bercuti di Pantai Balok Seaview,Kuantan memang gempaq doe..hehe

*ahlul reunion

Thursday, June 2, 2011

Gerbang Malam




Ipoh!! esok aku mau datang...wait for me yeah!!Aku nak pekena gerbang dulu nak shoppin cket..Nantikan..

Kemaktaban...



Wokeyh sebenarnye aku tak lah masuk ke UM seperti yang aku gembar-gemburkan arituh ini kerana aku mendapat tawaran yang lain yang aku rase lebih mantapp dari UM tuh.Tapi aku memang dapat tawaran ke sana lah.Yang beznya ade membe aku yang dapat UM tuh amek sama kos nan aku dye cakap budak lelaki ade 40 sahaja sedangkan wanita pulak 93 orang.Haa..kan pening tuh lau aku masok kompem dok nervous nye almaklumlah dulu skola menengah kami sume dak laki-laki jea ni bile masuk u ramai pula bidadarinya..Ish3 ke situ pulak aku..Astaghfirullah~

Eh merepek jauh pulak sebenarnya aku mendapat tawaran ke IPG atau nama senangnya maktab lah.Aku dpt IPG kat Bangi.Huhu jadik warga pendidik la aku kan..Camner la agaknya nanti bila aku nak berhadapan dengan murid-murid aku??Sebenarnya dulu aku pon tak la minat sangat dengan sektor pendidikan nih mungkin hati aku sudah menerima cahaya hidayah dari ALLAH yang membuka hatiku ini??Sama-sama la kita tengok nanti ek..