Thursday, April 28, 2011

Tips Bangun Subuh



Ramai di kalangan kita (termasuk aku) yang mengalami kesukaran untuk bangun awal pagi dan mendirikan solat Subuh di awal waktu.
Masalah ini terjadi atas beberapa sebab; antaranya ia telah menjadi tabiat, tidur lewat dan perasaan malas(ni aku tak okee).
Berikut adalah beberapa panduan atau tips yang boleh dicuba oleh kita bagi mengatasi masalah ini :
1. Tidur awal; sekitar 10 atau 11 malam supaya tidur anda mencukupi.
2. Ambil wuduk sebelum tidur.
3. Tanam azam di dalam diri untuk bangun awal.
4. Baca surah Al-Mulk, tiga Qul dan doa sebelum tidur.
5. Pasangkan niat; 'Aku nak bangun pukul sekian kerana Allah.'
6. Maafkan semua orang sebelum tidur.
7. Elakkan makan makanan berat sebelum tidur.
8. Elak diri dari melakukan maksiat sebelum tidur.
9. Gunakan jam loceng atau alarm di telefon bimbit untuk membantu anda. Pastikan ia berkualiti.
10. Minta tolong orang lain seperti ibu atau rakan untuk mengejutkan anda. Mungkin minta mereka simbahkan air atau urut ibu jari anda sekiranya masih sukar untuk bangun!
11. Kalau dah berazam tu Insya-Allah kita boleh bangun punye!!

Oh muslimah!!


1300 tahun Islam memerintah dunia, umat manusia diasuh dan dididik dengan aqidah Islam, tidak kira yang Islam mahupun yang bukan Islam. Ini bermakna, hidayah telah sampai kepada orang kafir, dan mereka boleh memilih untuk kekal dengan kekafiran mereka atau memilih Islam.
Atas dasar keimanan inilah Sang Khalifah memerintah dunia. Khalifah memerintah dunia mengikut apa yang telah disyariatkan mengikut al-Quran dan as-Sunnah. Atas dasar ini, segala sistem ciptaan Ilahi diterapkan dalam kehidupan, termasuk tatacara berpakaian dalam kehidupan sehari-harian.
Namun, sejak kejatuhan Daulah Khilafah pada 3 Mac 1924 bersamaan 28 Rajab 1342H, umat Islam kehilangan perisai untuk melindungi mereka. Apa yang ingin difokuskan adalah kehidupan muslimah semakin terancam, sejak penerapan sistem sekular oleh Mustafa Kemal Laknatullah mula menular. Sejak jatuhnya Daulah Khilafah di Turki, sistem sekular disebarluaskan dengan begitu pantas.
Sistem sekular yang diterapkan oleh Mustafa Kemal Laknatullah kononnya menjadi pemacu pemodenan Turki. Walhal, sistem tersebutlah yang menggagalkan dunia hingga ke saat ini. Muslimah dilarang untuk memakai pakaian yang menutup aurat. Sekiranya mereka memakai tudung, tudung mereka akan dirampas oleh pembelot-pembelot Islam yang digaji oleh pemerintah sekular. Tudung mereka ditarik dengan penuh rasa benci terhadap syariat Islam.
Tidak cukup sekadar itu, tudung dan niqab juga diharamkan oleh negara Barat seperti di Perancis. Perang propaganda seperti video dan kartun yang menyatakan Islam menindas wanita dengan hijab turut membuatkan muslimah di Barat bertambah tertekan. Mereka yang berhijab akan dipandang dengan pandangan yang semacam. Bahkan, ada juga yang dilabel sebagai 'pengganas' disebabkan oleh tudung mereka.
Walaupun masalah ini berlaku saban hari, muslimah di Barat tetap istiqamah dengan pemakaian tudung mereka. Malah, mereka telah mengadakan demonstrasi aman berkaitan perintah pengharaman tudung di Barat. Walaupun mereka dihina dan dipandang serong, pendirian mereka tetap tertancap kukuh.
Namun begitu, lain pula yang berlaku di negara kita. Tiada perintah pengharaman tudung sekalipun. Muslimah bebas untuk memakai tudung, niqab, mahupun jubah sesuka hati mereka tanpa ada halangan. Namun, peluang ini disia-siakan begitu sahaja.
Ramai wanita-wanita Islam di Malaysia dengan sesuka hati mendedahkan aurat. Tidak cukup dengan mendedahkan rambut mereka, pakaian ketat disarung pula pada badan mereka, bagaikan sarung nangka. Perasaan malu tidak sedikitpun lahir dari jiwa mereka tatkala tubuh mereka diperhatikan oleh masyarakat sekeliling lebih-lebih lagi kaum lelaki.
Mengapa perkara ini berlaku? Perkara ini berlaku adalah kerana sistem uqubat tidak diterapkan dalam kehidupan kita. Sebaliknya, undang-undang sekular diterapkan dalam kehidupan kita. Pendedah aurat, baik lelaki mahupun perempuan tidak dikenakan hukum takzir oleh pihak penguasa. Justeru, semakin ramailah golongan yang tidak tahu malu terbentuk. Semuanya kerana hukum hakam Islam tidak ditpraktikkan dalam kehidupan.
Justeru, ketiadaan Daulah Khilafah menjadi punca masalah dalam kehidupan. Kerana hanya Daulah Khilafah lah yang akan menerapkan sistem-sistem Islam dalam kehidupan. Di mana, sistem-sistem Islam tersebut diturunkan melalui wahyu. Lihatlah, bab aurat pun terjejas apabila ketiadaan Daulah Khilafah.
Memang benar, sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
"Sesungguhnya seorang Imam (Khalifah) adalah laksana perisai, di mana orang-orang akan berperang di belakangnya dan menjadikannya sebagai pelindung (bagi dirinya)." [HR Muslim]
"Tiada Persai Maruah Muslimah Tergadai"

Tuesday, April 26, 2011

storm chasers



Salam korang arini aku nak share cket lah dekat korang kan yang aku sekarang dok usha citer kat saluran Discovery Channel (551)  nih.Bukan citer pasal gossip ke ape tapi aku layan citer dokumentari pasal ribut, taufan,tornado yang selalu berlaku kat US.Yelah kalau tempat korang kene tornado kompem la korang nak lari punye kan takkan nak masuk dalam tu pulak.Tak pasal lah korang mampoih kene panah petir!!Tapi citer ni memang gile sebab deme nih sume nak nak masuk ke dalam tornado dengan pelbagai impian.Ade nak buat rakaman filem,ade nak buat kajian sains pasal tornado dan ade nak buat alat untuk mematikan tornado (gile hape).Tapi memang kalau fikir tak logik kan orang nak dekat ngan mende alah nih tapi aku tengok deme siap tunggu tornado nih lalu depan diorang gituh.Diorang dapat wat camni sebab kereta deme da modified jadik macam 'monster car' sebab tu la tak terbang dibawa angin tornado yang kuat.

*ni la salah satu kereta yang digunakan

*tornado yang cantik!!

Monday, April 25, 2011

imam muda..



Yeah semua.. rancangan yang mendapat sambutan hangat di negara kita dan turut mendapat perhatian dunia iaitu Imam Muda kembali bersiaran dengan musim yang kedua.Ia bersiaran secara 'live' dari Astro Oasis saluran 106 setiap hari Jumaat pada jam 6.30 petang.

Antara calon Imam Muda yang terpilih ialah Ali Khairudin Hj Abdul Marif, 26 Sabah; Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza, 26 Perak; Nazrul Izwan Zolkiflee, 26 Johor; Wan Najdi Mohd Noh, 20 Kelantan; Mohd Fakhrurrazi Hussin, 27 Terengganu; Ammar Wan Harun, 27 Kuala Lumpur; Mohd Azlan Zulkarnain, 25 Kuala Lumpur; Abdul Fattah Ridzwan, 21 Negeri Sembilan; Mujahid Suhaimi, 20 Singapura dan Zulfadli Haji Awang, 24 Brunei.
Pelbagai insentif menarik yang bakal menanti Juara Imam Muda, antaranya penajaan penuh biasiswa di Universiti Antarabangsa Al- Madinah, wang tunai RM30,000, sebuah kereta Proton Ixora, pakej menunaikan Haji dan Umrah, beserta hadiah sampingan yang lain.
P/S:Sejuk hati mama kalau aku pon masok imam muda nieh..hehe

jangan bersedih..







Assalamualaikum sume kepada semua sahabat-sahabat yang sedang diuji, yang telah diuji & yang belum diuji.. sedarilah bahawa jika korang tidak hidup hanya dalam batasan hari ini saja, maka akan celaru fikiran korang, akan kacau semua urusan, dan akan semakin menggunung kesedihan dan kegundahan diri korang.


1. Jangan Bersedih... Cinta Allah dan Rasulullah menjamin kebahagiaan.


2.Jangan Bersedih... Redha Dengan anugerah Allah membuat anda kaya di dunia.


3.Jangan Bersedih... Allah Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat serta Rahmatnya yg Maha Luas.


4.Jangan Bersedih... Semata-mata disebabkan anda berbeza dengan orang lain kerana setiap kejadian Allah itu ada kelebihan tersendiri.


5.Jangan Bersedih... Bila disakiti, dicela, direndahkan atau dizalimi kerana setiap perkara yang berlaku adalah dugaan dari Yang Maha Esa.


6.Jangan Bersedih... Sesungguhnya setelah kesusahan akan ada kemudahan.


7.Jangan Bersedih... Kerana kesedihan anda akan membuat musuh anda gembira.


8.Jangan Bersedih... Atas perilaku manusia terhadapmu tetapi perhatikanlah perilaku mereka terhadap Allah.


9.Jangan Bersedih... Allah tidak akan mensia-siakan pengorbananmu dan setiap perkara yang baik mahupun buruk ada hikmahnya.


Wahai sahabat-sahabat, janganlah bersedih, dunia ini terlalu hina untuk ditangisi...

Jahat??



Kejahatan itu bukan satu kebetulan. Ia adalah satu kebiasaan yang terbentuk perlahan-lahan, tahap demi tahap. Pertama kali terbuat dosa, hati akan diburu rasa bersalah.
Jiwa resah kerana diri menentang fitrah. Kesalnya bukan main. Sesalnya sungguh merimaskan. Rasa bersalah itu memang resah. Benarlah seperti yang sering diungkapkan, bila manusia berdosa dia bukan sahaja menentang Allah tetapi juga menentang dirinya sendiri.
Namun rasa berdosa itu tidak lama. Jika dosa yang sama dibuat kali kedua, ketiga dan seterusnya... rasa bersalah itu akan hilang. Sedikit demi sedikit. Lalu akhirnya, hati itu telah terbiasa dengan dosa. Rasa bersalah tidak muncul lagi. Ia sirna dimamah oleh dosa demi dosa. Jika dulu ada air mata yang mengalir kerana kekesalan dan penyesalan... tetapi di tahap kedua ini, tiada air mata lagi. Alah bisa tegal biasa. Hati telah tega untuk berdosa.
Dosa itu racun yang disalut kemanisan. Dosa yang dilazimi tidak akan terhenti kesannya pada hati. Dari tahap terbiasa dengan dosa, kederhakaan meningkat lebih parah lagi. Tibalah hati pada tahap ketiga, yakni seronok dan rasa indah dengan dosa. Diri sentiasa mengintai peluang dan ruang untuk melakukannya. Rasa ketagih dengan maksiat, rasa gian dengan kemungkaran, mencengkam hati dan diri. Racun dosa terasa nikmatnya. Tiada lagi rasa bersalah. Bisa dosa yang terbiasa menjelma menjadi fatamorgana nikmat yang tiada taranya.
Nafsu tidak pernah puas. Kehendaknya tiada batas. Syaitan tidak pernah tidur. Usahanya tidak pernah kendur. Lalu apabila syaitan meluncur laju di lebuhraya nafsu, diri yang seronok dengan dosa itu dirasuk untuk 'maju' setapak lagi. Itulah tahap keempat yang lebih dahsyat dan sesat. Keseronokan dosa menjadi si berdosa itu menjadi pembela dan pejuangnya. Dosa dipromosi dan dihiasi sebagai jalan kebenaran dan denai keindahan. Jangan ada pembela agama yang bercakap tentang akhirat dan kiamat... pejuang dosa itu pun bangun menentangnya dengan seluruh upaya dan kudrat.
Justeru wahai diri, berhati-hatilah dengan dosa. Jangan tertipu oleh kecil atau remehnya suatu kederhakaan. Ingat, tusukan dosa bukan seperti belati yang membunuh tiba-tiba, tetapi ia umpama api dalam sekam yang membara dalam diam. Keterlanjuran kali pertama jangan disusuli oleh kesengajaan kali kedua. Kelak akan menyusul perancangan dan perjuangan atas nama dosa.
Wahai diri... ketika rasa bersalah singgah di dalam hati pada kali pertama kau berdosa, ketahuilah itu adalah 'peringatan' yang Allah bekalkan secara tabii untuk menjaga fitrah insani. Itu petanda yang hatimu masih hidup. Penyesalan itukan syarat taubat? Maka susulilah dengan syarat kedua dan ketiga (jika dosa itu dengan Allah). Jika dosa itu dengan manusia, tambahlah lagi dengan syarat yang keempat. Tidak mengapa jika kau terlanjur lagi berdosa selepas itu. Bertaubatlah kembali. Hatimu akan hidup lagi. Selagi ada rasa bersalah, selagi itulah ada sarana untuk kembali kepada Allah. Jangan putus asa oleh taubat yang patah, kerana kasih-sayang Allah akan menumbuhkan taubat kali kedua, ketiga dan seterusnya.
Wahai diri, biarlah dirimu jatuh bangun, merangkak tegak, dalam taubat demi taubat yang tidak 'menjadi' berbanding larian dosa yang maju dan laju tanpa henti-henti. Lebih baik terbentur, daripada patah. Lebih baik hatimu selalu terdera oleh rasa berdosa sepanjang hayat, daripada tertipu oleh 'nikmatnya' yang menyebabkan siksa selamanya di akhirat.
Wahai diri, ingatlah... sekalipun kau terhijab daripada mengecapi nikmat ketaatan, tapi jangan sampai kau tertipu oleh nikmat kejahatan. Berhati-hatilah menjaga hati. Tidak mengapa kau selalu menangis kerana dosa... tetapi jangan sampai kau tersenyum kerananya! Ingatlah selalu, kejahatan yang menyebabkan kau menangis, lebih baik daripada kebaikan yang menimbulkan rasa takbur!

banding??




Budaya 'suka banding' ini memang kuat dalam masyarakat kita. Secara peribadi, aku amat tidak menyukainya. Banyak pengalaman masa lepas yang benar-benar memberi kesan yang kurang baik kepada hidup aku.
Semasa kita kecil, ramai rasanya menyetujui bahawa budaya 'suka banding' keputusan pelajaran cukup menyakitkan. Seolah-olah diri kita begitu hina atau tidak mempunyai nilai langsung bila diri kita dibandingkan dengan mereka yang lebih baik pencapaiannya. Tidak cukup dengan itu, kita juga selalu 'suka banding' tahap kedudukan dari segi ekonomi. Jika kita datang dari keluarga kaya maka kita akan lebih dihormati berbanding dengan jika kita datang dari keluarga miskin. Perlukah ini semua?
Semasa kita meningkat dewasa, kita ingatkan budaya 'suka banding' ini makin berkurangan tetapi rupanya kita silap. Makin tebal jadinya budaya ini. Kita selalu lihat manusia sekeliling 'suka banding' apa benda yang kita ada, apa pangkat yang kita ada, apa pencapaian yang kita ada dan seribu satu macam lagi perbandingan-perbandingan yang cukup merimaskan. Perlukah ini semua?
Jika kita tidak berhati-hati, budaya 'suka banding' ini akan menyebabkan timbulnya bermacam-macam penyakit hati seperti rendah diri, sakit hati, dendam, bongkak, tak sedar diri dan macam-macam lagi. Ramai yang hidupnya berlegar-legar sekitar membuat perbandingan sehingga lewat usia mereka. Jika beginilah cara hidup kita, mana mungkin datang rasa tenteram dan aman dalam diri?
'Suka banding' memang perlu tetapi bukan sampai membawa kepada corak kehidupan seperti di atas. Perbandingan yang membawa kepada motivasi agar hidup menjadi lebih baik dari sebelumnya memang dituntut. Jika dilihat dari sudut pengurusan masakini, ada suatu inisiatif yang bernama Penandaarasan (Benchmarking) yang sebenarnya menggunakan konsep 'suka banding' ini dalam usaha bawa sesuatu organisasi itu lebih baik dari sebelum ini.
Akhir kata, bagaimana harus kita menangani budaya 'suka banding'yang membawa kepada kesan negatif ini? Rasanya mudah sahaja. Bagaimana? Ianya perlu bermula dari rumah di mana ibu bapa harus mengelakkan 'suka banding' anak-anak mereka dengan anak-anak orang lain. Mungkin niatnya baik tetapi dalam banyak hal kaedah perlaksanaannya selalu membinasakan!
P/S: Aku pon memang pantang bab banding-membanding nih..jelez kott!!

Friday, April 22, 2011

ultimate parkour


Weh aritu aku tengok la tb8 usha rancangan kegemaran aku iaitu Showdown 2011.Lepas da abeh kuar lak citer Ultimate Parkour nih.Aku minat jugak la rancangan ni sebab dulu waktu kat sekolah dulu ade membe aku dok gile buat mende-mende camnih.Dye dok panjat asrama lah naek bumbung lah,aku pon pon seronok la nengoknye tapi aku tak berani buat sebab takut jatuh hehe..Tapi aku tengok deme yang dalam citer nih memang sume da pro la kalu nak dibanding kan dengan membe aku sumenye low agik.Lau kome nak tengok rancangan gile nih ley je usha tb8 arii selase kott??Lupe lak..Sori!!

Thursday, April 21, 2011

maktab.



Assalamualaikum semua,arinih aku nak share cket la pasei aku g temuduga maktab atau dikenali sebagai IPG sekarang nih.Aku memang lah ade berminat nak jadik sebahagian dari pendidik walaupun sebelah diriku tak minat pun ade.Tapi bak kate orang redah jelah.Bukan hape,skang ni kite da tak ley demand banyak tapi juz tengok je peluang yang ade pastu kite sentaplah haha..Oke aku nak share cket lah waktu aku nak temuduge maktab nih.Memule waktu aku check kat tenet tuh aku memang hope sangat lah untuk dapat ke temuduga maktab nih.Alhamdulillah~.. aku dapat lah g temuduge tapi yang plek nye aku kene dekat IPG Bangi walhal aku mintak kat IPG Ipoh.Aku penin gak lah camner nak g sane en sebab bile aku tanye membe aku yang len pon dapat temuduge dekat IPG Bangi gak.Naseb bek lah mama ade hal cket kat Putrajaya n abah lak sanggup amek cuti (credit to them!!).So aku da tak risau lah macamane nak ke sane en.Dah la kene wat macam-macam untuk temuduge nih,tapi aku tak la heran sangat.Bese uh temuduge la kate an.Tapi yang aku paling tak minat nak buat essay lah.Antara soklan dye "Mengapa anda berminat untuk jadik seorang guru?".Emm jenuh gak la aku wat researh kat tenet juz for essay tuh.Tapi yang beznye aku sanggup potong rambut aku yang panjang (ala-ala korea beb) semata-mata for dis temuduge.Yelah,aku memang nak jadi pendidik so aku kene lah wat pengorbanan cket an.

Bile aku sampei je petang tuh kat bangi tuh aku ase bez jea sebab aku tak pernah ke sini.Meskipun waktu aku kecik aku dok kat Selangor tapi aku tak penah jejak sini agi.Kami menginap lah di sebuah hotel (murah jea) untuk menidurkan diri.Tapi aku da janji nan membe aku yang len yang aku nak lepak nan deme skali.So aku mintak lah kebenaran abah sebab nak kuar nan deme skali.Abah nan mama banyak mende nak wat so deme pon kasi lah aku kuar nan membe aku.Sebabnye ade membe aku pon dapat temuduge maktab gak tapi deme da wat.So aku kate lah nak stadi nan deme skali supaye aku tak kantoii bile temuduge tu nanti.So petang tuh aku nan membe aku jalan-jalan lah kat sekitar tuh (sambil ditemani penunjuk jalan yang power).Sebelum tuh deme da gerak kat area Putrajaya lah,so aku pun ajak lah deme g skali lagi en.Yang beznye kate membe aku nih clucth dye pendek cket.Yelah kawasan camnih kompemlah banyak traffic jam kan.Bile time berhenti kat area bukit banyakla yang jadi JPJ  kasi arahan kat membe aku nih supaya tak mati enjin.Bile sampei je Putrajaya nih (tak jao pun) dalam 10 minit gitu dari Bandar Baru Bangi aku ase batak plak bile dok tengok seni binanya..Ade seorang dari kami nih memang dok kat Bangi so dye cadang la nak g Pullman.Dye kate nih tempat pantai buatan so selau gak la dye lepak nan membe dye n memang sweet lah lau nak dating hehe..Bile da sampai rupenye ni kawasan hotel (6 star la kot) tapi kami juz g je kat pantai tu.Emm betoi  la kate membe aku tuh memang nih pantai buatan orang tapi kami dok bukan kawasan pantai dye tapi dok kat kawasan jeti,so tak dapat la merase macam suasana tepi pantai tuh.Bile waktu maghrib masuk kami g solat kat Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin atau name femesnye Masjid Besi.Memang betoi lah besi pon sebab aku tengok kat bahagian solat dye memang besi lah.Yang beznye tak pakai kipas atau aircond tapi hanya angin biasa jelah.Tapi bagi yang dah berumur dan saket lutut tu susahlah sebab masjid nih banyak tingkat dan ruang solat nye kat tingkat paling atas sekali.Emm inagt an lepas  solat nak jenjalan lagik tapi mem be aku yang dok Bangi tu cakap parents dye ajak kami makan skali..Hahaha sonyum je aku dapat makan free.Aku cakap kat dye bertambah la lagi satu kepale kat umah dye.Usai makan kami lepak dulu kat bilik dye sebab da kenyang sangat sebab bapak dye suruh kami abehkan sume makanan.Burp!!Memang sodap lah terutamanya 'Sate Whilly' (sate pon merempit kea) yang aku plek namenye macamtuh.Bile aku nengok membe aku pon sume da nantok aku suwoh dye anto aku balek hotel cepat-cepat.Nanti lau dye tido haru dibuatnye sape lak nak anto aku nanti kan.Lepas sampai je kat bilek hotel aku terus wat essei tuh,huh tibai saje lah aku da malas nak pikir bebanyak.Bile da siap aku terus je tido takut bile interview esok ngantok plak.

Pagi esoknya,aku pakai la baju smart-smart nanti lau orang yang interview aku mesti kagumnye nan aku da tuh kompem-kompem lah dye kasi aku pas nanti (perasan lebey).Yang tak beznye aku kene pakai songkok bukan ape aku memang tak minat la mende yang halang rambut aku yang smart ni dari ditutup hehe..Tapi komitmen aku terhadap interview ni begitu tinggi aku pon pakai jelah.Bile abah nan aku sampai kat IPG ni aku tengok mak oii besau jugak eh tempat nih.Kami jenuh dok carik bilek tempat interview aku sampai tanye orang laen.Naseb la akhirnye jumpe gak bilek dye,bile aku check name dalam bile nih aku nampak name membe aku yang laen.Apelagi memang seronok lah bile dapat tau interview pukoi 8 nih budak sekolah aku ade 3 orang haha..Konker abes!!

Mule-mule tuan yang nak interview kiteorang nih suruh kami sume lengkapkan la maklumat sume like sijil-sijl,ic,surat beranak or etc.Aku pon naek pening la tuan nih nak yang ori atau photostat punyer pasei yang ori memang sudah susun tapi yang palsu ni aku tak wat ape-ape lagik memang kacau betul pagi tuh.Tepat je pukul 8.10 kami semua dibenarkan masuk ke dalam bilek temuduge.Dalam sesi pagi nih hanya ade 7 orang saje dalam bilek aku.Mula-mula ade ujian sahsiah diri atau INSYAK yang perlu diduduki oleh kiteorang.Soalan ade 135 dan wajib jawab semua,masa yang diberi hanya 30 minit.Emm bile dengar ase macam tak boleh abih tapi senang saje kerana soalan nih tak perlu pakai otak sangat kerana ujian ini nak nilai perangai kite sajer sesuai atau tidak nak jadi cikgu.Lepas ujian ni abeh kene wat perbincangan secara berkumpulan so markah diberi berdasarkan kite ni petah bercakap,ade gaye dan punyai ilmu pengetahuan.Kami sume dok cuak je bile tengah  wat perbincangan nih,suare macam tak mau nak keluar.Tapi aku nengok sume bercakap lah tak ade yang konker.Bile perbincangan secara berkumpulan sudah tamat start lak secara solo.Huh ni yang aku cuak nih tapi aku men tibai je,bile tuan tu tanye aku men cakap je tak de ragu-ragu.Ade soalan yang bez aku kene dye suruh kasi pendapat pasal syiah.Meremang aku nak jawab sebabnye aku pon tak berape pasti sangat nan syiah nih.Tapi aku cakap syiah ni tak betul sebab dye da lebey-lebey kan Saidina Ali berbanding Nabi Muhammad SAW.Oke lah aku ase ni jea yang leh aku sahre ann kome pasal temuduge maktab nih sebab malas aku nak gtaw bebanyak lau nak tau juz pm me oke~..haha chill!!


*ni lah view Masjid Besi


*ruang dalam dye


* Pullman Putrajaya


Friday, April 15, 2011

maharaja lawak


Emm kirenye program lawak yang terhebat tahun ini iaitu Maharaja Lawak (amboih tajuk!!) telah pon  memasuki minggu ke-3.Memang aku cakaplah pertandingan ini memang gempaq syiott!!Ini kerana pertandingan ini diesertai oleh mereka-mereka yang telah menjadi top3 dari program Rajalawak 1 hingga Rajalawak 5.Aku memang lawak giler uh tengok persembahan diorang niey..terbaekk dari ladang!!.Tapi ade gak la persembahan yang mengecewakan dari para peserta.Ini kerana mereka ini adalah peserta maharaja lawak harus menunjukkan ke'maharaja'an nya dalam lawak mereka.Tak pelah aku leyh la maafkan deme nih disebabkan para peserta yang laen menunjukkan lawak'ing mereka contohnye team balas,jozan,sepah nan nabil.Memang lawak abeh!!Tapi yang jadik tak beznye mende nih mula minggu ni dye da ditayangkan di Astro Warna (mahal syial). Aritu dye dok tayang kat Astro Prima tup2 cakap mula minggu ke-3 tayang kat Astro Warna..Pandei ek Astro nak carik duet..Bengang gak aku tapi nak wat camner..Huahuha

Thursday, April 14, 2011

thats the day..



Salam sume semalam kan aku da citer yang aku amek test kereta arinih so aku nak citer la kat korang sume nih..
Huhu disebabkan aku mengambil ejen sebagai orang tengah maka sume prosedur nih dye yang uruskan n aku juz tunggu je lah.Pagi nak test tuh ejen aku cakap la arinih dye amek pukol 8.30 (kire lambat gak la) sebab selalunye dye amek kol 8.00.So pagi tadi aku ley on9 jap ber'facebook'ing agik an sambil berdebar menunggu ketibaan beliau.Aku pon berape kali da dok ulang-alik g tandas dok membuang jea.Huh naseb lah kat uma je nak buang2 nih lau tak jenuh aku.Bagi mengurangkan kecuakan aku nih aku pon redi la kuar rumah g lap motor n lap kasut aku dengan berharap gemuruh tu kurang cket n ternyete aku pon lek cket.Bile ejen aku da sampai aku nampak agi 2 membe aku pon ade skali..Emm due2 muke toyee je(bese la cuak meyh)

Pabila aku tiba kat tempat memandu tuh memang ramei la orang nak test.Ejen aku suwoh kami g pejabat usha giliran untuk melakukan test.Disebabkan ramai orang nak test JPJ buat 3 sesi n aku bersyukur la yang aku ni sesi 1.Kirenye aku cepat la abehnye (kalu aku ebat la).Dalam sesi 1 aku dapat nombor giliran ke-23(no. ong tuh).Waktu test tuh sesi 1 hero nye ade berape kerat je yang len sume bunge je.So kami yang hero sume dok bincang la lau tak pas nak jawab hape karang malu plak depan bunge2 sekalian.Mula-mula yang di'test nye adalah bukit,3 penjuru nan parking.Huh aku da la tak berape konpiden pasal bukit2 nih.Tapi pabile aku mengenangkan yang makcik pon ley lepas tak aku nak kantoii lak..tak patut..Waktu tokey sebut nombor aku nak test tuh..huh menggeletar lutut sume.Aku pon melangkah dengan macho ke kereta lalu menuju ke bukit,tapi kene tunggu sampei JPJ kasi naek itu bukit.Bila JPJ panggil aku suruh naek aku pon masuk minyak pastu 'clucth' lepas pelan2 naek ke bukit tuh.Bile da sampei kat garisan kuning tuh aku pon tekan 'clucth' sampei abeh pastu brek kaki tekan gak.Huh selamat doe masuk clean jea.Aku usha ikut tingkap pastu angkat tangan.JPJ kate okeyh ley jalan..Mase nak jalan yang cuak tuh,aku tak konpiden 'clucth' nih da lepas blom sebab baru sume pakei 'clucth' tinggi.Tapi dengan berkat macam2 aku ley la jalan gak.yeay!!Bile time nak wat 3 penjuru tuh aku da rilek jea sebab bukit suda lepas ape nak heran.Time parking cmtuh gak aku lek jea tapi hati-hati gak la takot2 kene tiang kan malu nanti.Akhirnye aku pas gak bahagian 1.Dengan cuak nye aku g la kat pondok JPJ yang dok usha kiteorang wat test ni untuk mengambil keputusan.Lepas da amek tuh aku kene la daftar agi untuk wat test jalanraya.

Sementara menunggu giliran untuk di'test maka aku nan beberapa orang membe aku dok la tunggu kat kantin sambil menimba pengalaman dari senior yang pernah fail nih.Yang beznye sume membe yang aku lepak tuh aku pon tak kenai tapi bile dok sembang rancak gile macam da kenai la kot.Ade kate sorang JPJ ni kerek nak mati dye nye kete untuk di'test adalah nombor 5.So kami pon dok cuak la kalu2 kene nan dye.Sambil rancak mengutuk c JPJ no. 5 nih tetibe seorang dari kami kene nan JPJ no.5 nih.Apelagi kami dok gelak la sian lak kat dye tak pasei fail camtuh aje.Tapi mamat ni pon cool je aku tengok n dye pon lulus lak nan JPJ tuh.Ade sorang membe aku 'nerd' gak la dapat JPJ no.5 aku memule ase sian gak la kat dye sebab membe aku nih dok tunggu lame si JPJ ni untuk diuji.Tapi membe aku kate JPJ tuh tak lah kerek pon (mungkin dye suke nan dak nerd kott) so tak yah la dye nak kerek sangat ngan membe aku nih.Membe aku yang 'nerd' ni pon lulus gak.

Aku dapat JPJ yang sempoii kete no.2.Ade membe aku yang dok sembang sekali pon test nan dye gak.Deme kate dye nih sempoii sebab dye ley pasang radio n ley ajak sembang gitu.Bile aku dipanggil untuk di'test' aku ase lega sebab JPJ nih sempoi so ilang gak la tahap ke'nervous'an aku nih.Bile aku masuk kete aku terus bagi salam kat dye,aku nengok dye pon cool je.Bile aku da start enjin dye terus bukak radio (sinar retro terbaek!!) n dye start tanye aku memacam.Tapi soklan yang paling mahal aku dapat dye tanye "Apakah tips untuk cemerlang di dalam peperiksaan"?..Tersentap aku soklan dye tuh plek pon ade,aku pon dok tibai je la ape yang ade dalam kepale otak aku.Dye tanye soklan tu pon sebab dye terkezut mendengar result SPM aku yang 'gempaq' gituh.Tu pasei lah dye tanye soklan camtuh.Aku pon bez gak la dye ade gak nasihat aku macam-macam sebab aku cakap la aku nak jadik cikgu.Aku ase rilek je bile drive sebab sebelum ni pon aku da bese drive sambil menyembang nan ejen aku tuh.Aku ni lau tak bukak mulut memangla cuak gile,tapi bile dapat point emmph..kompem laju je nak kuar haha..Bile sampai kat tempat lesen tu balek mase dye tanda aku nye kertas penilaian tuh dye leyh agi dok nasihat aku memacam.Huh aku pon legalah sebab tak ase tertekan langsung (mungkin dye belajar psykologi kot).Dan aku bersyukur kepada ALLAH SWT kerena memberi aku kecemerlangan dalam ujian memandu nih.Syukur bangatt!!

p/s:pic kat atas tuh saje je nak bubuh pasei kaler ijo nih kasik tenang..

p/ss:disebabkan ade yang tanye bahagian jalan raya aku dapat 18 per 20.

Tuesday, April 12, 2011

gitar



Aku bile nengok orang ley maen gitar nih mesti ase jelez di hati.Yelah sebab nak maen mende alah ni kene cekap handle dye punye cord gituh.Aku ade gak la minat nak maen gitar nih mane taw leyh jadik macam Yuna ke (perasan lebey) boley lah jadi femes kan ahaha..

tiba masanya..



Assalamualaikum sume akhirnye hari yang aku tunggu dan mencabar kejantanan aku akan tiba jua.Ini kerana pada esok hari aku akan melalui test kereta.Aku memang harap sangatlah yang aku akan lulus pada esok hari.Lau tak pas sian lak kat mama nan abah nak tambah duit agi da tu malu lak nanti nan membe-membe.Korang pon kene la doakan aku pas gak sebab pasnih tak yah la aku dok share pasal aku berlatih kete jea.Korang pon mesti da borin' nye tak abeh mende alah tu je nak di'share'kan.Banyak lagi bende yang best nak di'share'kan betoi tak..Haaa so korang kene lah doakan aku sekali supaye aku pas pada esok hari nanti senang la aku hantar adek aku g skola.Muge-muge la naseb meyebelahi aku kan..Haha peace!!

Monday, April 11, 2011

shoppin'




Aiseh ble korang dengor je ayat keramat nih mesti korang mule memikirkannya kepada sesuatu dan ia telah menjadi sinonim dengan mereka ini sejak dari azali lagi.Dan mereka ini adalah...jengjeng (kasi suspen cket) yang bernama perempuan lah.Bukan aku nak kondem ape ke,saje je nak melawok.. (gelak jangan tak gelak) dan aku ase habit yang menjadi rutin kepada kaum hawa ini telah pon ter' infect terhadap diriku ini..haha .Korang jangan pandang serong plak ingat aku nak jadi nyah plak.Bak kate Usop wilcha "Emm simpang.."(sambil meliuk tangan kanan).Yelah merepek lak aku nih banyak benor seloroh nye.Aritu aku g ipoh nan membe aku sebab ade hal cket.Bile nak balek tuh aku suwoh la membe aku drive g Kinta City jap,dye pon da paam da nan aku nih nak beli baju la tuh.Aku gelak je bile dye dok membebel je tak abeh nak dok beli baju dah la tak keje tapi duet dok kuar je.Akhirnye bile da kuar dari Kinta City yang sesak giler tuh aku juz hamek sehelai baju je padahal dok pusin2 dekat 2 jam la jugak.Ahaha tu pon adelah sale boley la beli .Takpe nanti aku da keje aku borong satu kedai!

Monday, April 4, 2011

terlepas suda..




Aduhh aritu stesyen radio kegemaran aku yang gempaq nak wat program namenye xfm Macbeth Secrete Show!!Mule-mule aku pon x bape nak pastila ni bende ape,rupe-rupenye deme nak wat gig's yang menampilkan artis-artis terkenal tanah air secara akustik (woa gempak) n show ni private.Maknenye tiket tak dijual n lau nak dapat pas masuk dye kene lah sertai pertandingan kat radio.Aku skang nih mane la ade mase nak dok je kat radio tuh nak wat mende nih sume.Padahal senang gile ya amat nak menang wehh..Tapi nak wat camner da xde rezki kan,sebab aritu aku ade dengar xfm cakap da abeh da show rahsie ni.Kecewa gak lah aku x dapat la nak join mende nih kalu deme jual tiket nih RM200 pon aku sanggup meyh nak beli.Takpelah aku pon turut tumpang syiok la kat deme-deme yang dapat g usha secret show tuh (dengan nada hiba :p isk3 ) arap-arap xfm wat agi la show-show camnih.

Lau korang nak tau ade 10 artis yang perform dalam show private nih.Mereka adelah Hujan ,Bunkface ,The Adzenders, Grey Sky Morning ,Anna Raffali ,Black ,Aizat ,Liyana Fizi nan Pop Shuvit.Lupe nak gtaw korang yang pendengar radio sendiri yang pilih dyeorang nih untuk perform kat secret show nih.Memang kelas gituh!!
Sori lah aku ingatkan nak share gak pic deme tengah perform tapi aku da upload blurr je so tak jadik la.
Lau nak usha pic Xfm Macbeth Secret Show ley la klik di sini --->  http://www.xfm.com.my/default.asp Okeyh chill ek chow...